Sign In


Notices to Public
Notices to Public

Counter Hits

Notices to Public

JABATANARAH KEWANGAN & PEROLEHAN
KEMENTERIAN PERTAHANAN
BRUNEI DARUSSALAM

 

-----

PENGEMASKINIAN TATACARA PEMBAYARAN YURAN TAWARAN

(dikemaskinikan pada 18 Mei 2022)

Sila ambil maklum bahawa tatacara pembayaran Yuran Tawaran dan pembelian Borang Tawaran telahpun dikemaskinikan.

Kementerian Pertahanan telah mula menggunakan One Common Billing System (OCBS) bagi semua kutipan hasil dan pembayaran yuran tawaran secara elektronik sejak 01 Mei 2022. Semua penender perlu mendaftarkan keterangan syarikat dan Contact Person melalui Unit Hasil, JKP untuk menerima bil tuntutan dan resit rasmi secara elektronik.

Dokumen tawaran akan dihadapkan kepada pembekal melalui emel sahaja.

 

-----

PERUBAHAN TARIKH TUTUP PETI SEBUTHARGA SERTA
PENUTUPAN PETI SEBUTHARGA DI RIMBA DAN MUARA

(dikemaskinikan pada 30 Mac 2023)

Untuk makluman, tarikh dan masa tutup peti sebutharga akan dikemaskinikan kepada setiap hari Isnin, 8.30 pagi mulai 26 April 2022. Ini akan menggantikan masa tutup peti sebutharga pada masa petang sebelum ini.

Untuk makluman juga, peti sebutharga di Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei dan Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei adalah ditutup dan tidak digunakan mulai 26 April 2022. Kesemua borang sebutharga perlu dihadapkan kepada Bangunan Arkib di Bolkiah Garrison.​