Sign In

​​​​Quotation Rules & Guidelines​​

​​​​​ ​​JABATANARAH KEWANGAN & PEROLEHAN
KEMENTERIAN PERTAHANAN
BRUNEI DARUSSALAM

Syarat-Syarat Untuk Sebutharga
(dikemaskinikan pada 17 Apr 2023)

1.1 Pembekal-pembekal adalah dipelawa untuk memberi sebutharga bagi membekalkan barang-barang yang tersenarai di borang sebutharga yang diiklankan.

1.2. Borang sebutharga hendaklah diisikan dengan lengkap dan menggunakan dakwat/taip. Sebarang perubahan hendaklah dipotong dan ditandatangani tanpa menggunakan Correction Fluid. Sebutharga yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat akan dianggap batal (void) dan tidak akan dipertimbangkan.

1.3. Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebutharga mengikut peti nombor dan alamat yang dinyatakan di dalam borang sebutharga. Sebutharga yang dihantar ke alamat peti sebutharga yang salah tidak akan diterima. Alamat-alamat yang digunakan bagi proses sebutharga Jabatanarah Kewangan dan Perolehan (JKP), Kementerian Pertahanan adalah seperti berikut:

Bolkiah Garrison
Aras Bawah, Bangunan Arkib, Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garrison BB3510.

 

​1.4. Pengiklanan sebutharga ditutup pada Hari Khamis, jam 8.00 pagi. Sebutharga yang diterima selepas tarikh dan waktu yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Jika tarikh tutup sebutharga jatuh pada hari kelepasan awam, maka tarikh tutup ialah pada waktu yang sama pada hari berikutnya. ​

1.5. Sebutharga hendaklah ditawarkan mengikut spesifikasi dan skop kerja yang dikehendaki dan diiklankan. Barangan yang terpakai, tiruan, bukan genuine, atau yang telah diperbaiki tidak akan diterima.

1.6. Setiap satu (1) borang sebutharga adalah untuk satu (1) tawaran sahaja. Sekiranya pembekal ingin menawarkan lebih daripada satu (1) tawaran, pembekal hendaklah menggunakan borang sebutharga yang berasingan bagi setiap tawaran. Jika borang yang berasingan tidak digunakan, Kementerian Pertahanan hanya akan menilai tawaran dengan harga terendah daripada semua tawaran (offers) yang dihadapkan.

1.7. Jika contoh/katalog ditetapkan sebagai keperluan mandatori dalam borang sebutharga, semua contoh atau katalog tersebut hendaklah dihadapkan ke kaunter Bahagian Perolehan, Jabatanarah Kewangan dan Perolehan (Block D/ Ground Floor) selewat-lewatnya pada tarikh tutup sebutharga yang ditetapkan. Kegagalan memberikan contoh atau katalog dalam tempoh tersebut boleh menyebabkan sebutharga pembekal tidak dipertimbangkan.

1.8. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima sebutharga yang termurah dan berhak untuk memilih kesemua atau sebahagian (partial award) barangan yang ditawarkan jika difikirkan perlu. Harga yang ditawarkan perlu dikekalkan tanpa perubahan jika sebahagian barangan (partial award) adalah dipilih.

1.9. Sesebuah syarikat adalah tidak dibenarkan untuk menghadapkan tawaran kepada satu iklan sebutharga jika:

  • mempunyai pemilik, pemegang saham atau pekerja yang bersamaan dengan syarikat lain yang telahpun ikut serta dalam sebutharga tersebut;
  • tidak membuat pengakuan bahawa pemilik / pemegang saham syarikat mempunyai pertalian keluarga (bapa/ibu/isteri/suami/anak) dengan pemilik / pemegang saham syarikat lain yang ikut serta dalam sebutharga tersebut; ataupun
  • berpakat sulit dengan syarikat lain dalam menghadapkan tawaran.


​​------

Perhatian:
(dikemaskinikan pada 17 Apr 2023)

1. Pembekal adalah dikehendaki untuk menghadapkan katalog dalam bentuk colour catalogue daripada pihak Original Equipment Manufacturer / brochure sheet / keterangan barang (product description). Keterangan barang yang tidak diterima sebagai katalog adalah seperti berikut:

  • Menghadapkan Gambar barangan sahaja tanpa keterangan.
  • Membuat salinan dan menghadapkan semula spesifikasi asal yang diiklankan oleh Kementerian Pertahanan.

2. Sebutharga yang tidak menepati syarat-syarat sebutharga tidak akan diterima, seperti berikut:

  • Tidak menggunakan borang sebutharga yang disediakan.
  • Tidak melengkapkan / mengisikan semua butiran di dalam borang sebutharga.
  • Tidak mengisikan tandatangan dan cop syarikat.
  • Menggunakan Correction Fluid.
  • Menghadapkan sebutharga yang lewat / selepas tarikh dan waktu tutup sebutharga.
  • Menghadapkan sebutharga kepada alamat peti sebutharga yang salah.
  • Syarikat yang ditegah untuk menyertai tawaran atau sebutharga Kerajaan Negara Brunei Darussalam.
  • Menawarkan barangan yang terpakai, tiruan, bukan genuine, atau yang telah diperbaiki.

3. Pembekal-pembekal yang tidak mematuhi peraturan dan proses sebutharga boleh menyebabkan pembekal tersebut ditegah dari menyertai sebarang sebutharga / tawaran Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seperti berikut:

  • Pembekal menarik diri atau membatalkan sebutharga selepas tarikh tutup sebutharga.
  • Pembekal membatalkan kontrak selepas sebutharga diberikan atau pesanan rasmi dikeluarkan.
  • Pembekal gagal mematuhi segala syarat-syarat di bawah pesanan rasmi atau tidak dapat melaksanakan / menyiapkan projek.
  • Pembekal yang didapati memberikan maklumat palsu.​